top of page

Fadhlina jawab sindirian Ahli Parlimen PN: 'Saya pernah mengajar'



Ahli Parlimen Parit Buntar ditegur Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq (PH - Nibong Tebal) semalam, selepas membuat kenyataan yang cuba meremehkannya di Dewan Rakyat.


Ia susulan tindakan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN - Parit Buntar) yang meminta Fadhlina supaya cuba menjadi guru dalam tempoh seminggu, bagi memahami bebanan yang dihadapi golongan itu.


Menjawab gesaan Misbahul itu, Fadhlina menjelaskan walaupun tidak pernah menjadi guru, beliau sendiri sebenarnya mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengajar kursus diploma di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


"Tak baik kata saya begitu. Saya nak beritahu Parit Buntar begini.. saya memang bukan guru, tetapi saya ada pengalaman mengajar 10 tahun di kursus diploma pentadbiran kehakiman dan guaman syarie di UKM," kata Ketua Wanita KEADILAN itu.


Fadhlina sebelumnya menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan.


Sebelum itu Mohd Misbahul berkata bebanan guru di sekolah amat berat kerana perlu mengurus isu pengurusan, pembelajaran, sukan, peperiksaan, aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Justeru bagi memahami beban tersebut Fadhlina menurutnya perlu melalui pengalaman itu dan tidak 'buat-buat praktikal' atau berlakon mengajar Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya mengajar (dalam bidang) hakim syarie, pendakwa syarie dan peguam syarie. Jadi tak perlu pertikai soal saya nak berlakon nak mengajar. Jangan begitu," tambah Fadhlina menjawab gesaan Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page