top of page

Fadhlina jamin utamakan keselamatan di sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 30
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melakukan yang terbaik bagi memastikan aspek keselamatan di sekolah sentiasa terpelihara.


Komitmen itu ditegaskan selepas beliau melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) baru-baru ini.


"Baru-baru ini saya sampai ke Kuala Terengganu hampir tengah malam dan terus ke SESTER untuk meninjau keadaan sekolah serta asrama. Tiada siapa dimaklumkan mengenai kunjungan ini, kecuali Pengarah Pendidikan Negeri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan warden bertugas yang hadir bersama," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.


Fadhlina sementara itu menegaskan bahawa pihaknya sentiasa mendengar dengan teliti pandangan disuarakan pelbagai pihak, terutama berkaitan langkah meningkatkan keselamatan institusi pendidikan.


"Saya teliti sendiri setiap aspek keselamatan dan ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik


"KPM akan melakukan yang terbaik demi anak-anak, guru dan seluruh warga pendidikan," katanya.


Beliau sementara itu turut menzahirkan penghargaan kepada pengetua, guru dan warga SESTER atas kecemerlangan sekolah berkenaan sebagai antara sekolah berasrama penuh terbaik di negeri itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page