top of page

Fadhlina galak guru hasilkan 'konten' pembelajaran bermanfaat



Golongan pendidik digalakkan untuk menghasilkan kandungan di media sosial yang memberi manfaat.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah itu selaras dengan garis panduan ditetapkan Kementerian.


"Saya sudah pertegaskan berulang kali bahawa kita ada garis panduan di peringkat kementerian dan kita minta semua guru mematuhi garis panduan berkenaan jika hendak buat kandungan media sosial.


"Kandungan itu boleh dibuat dalam bentuk untuk memberikan pendidikan seperti membantu meningkatkan kefahaman terhadap subjek tertentu untuk murid dan kesedaran berkaitan dengan pembelajaran," katanya dipetik.


Fadhlina ditemui pemberita pada Program Jaulah Ramadan KPM Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak di Sekolah Raja Perempuan Taayah di Ipoh pada Isnin.


Beliau sebelumnya diminta mengulas kenyataan Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Rafiq Razali yang mendesak guru supaya tidak menjadikan pelajar mereka sebagai kandungan di media sosial terutamanya jika tanpa kebenaran ibu bapa.


Rafiq dilapor berkata, perbuatan menyiarkan pelajar mereka sebagai kandungan dalam media sosial lebih-lebih lagi tanpa kebenaran ibu bapa mereka boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi untuk pelajar dan keluarga mereka.


Pada 8 September tahun lalu, Fadhlina dilapor berkata guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan tindakan oleh KPM, selain menegaskan kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan membabitkan murid dalam media sosial.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page