Fadhlina bergelar Datuk Seri, ketuai 1,328 penerima darjah kebesaran Melaka
- Suara Keadilan

- 28 minutes ago
- 2 min read

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengetuai senarai 1,328 penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam hari ini.
Menurut laporan Bernama, Fadhlina dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima gelaran sama antaranya Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hashim Hamzah, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman.
Selain itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Downstream Petronas Datuk Seri Sazali Hamzah serta Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin.
Sebanyak 56 individu menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut Datuk Mohd Sumali Reduan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Dr Mohd Azhar Abd Hamid dan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.
Sebanyak 14 individu pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Al Hambra Juhar, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Suria Kumar A/L Durairaj Johson Paul dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Mej Jen Datuk Sani S Omar.
Sebanyak 189 penerima dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk iaitu kepada Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ashwad Ismail Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima Berhad Datuk Azhari Muhiddin dan penyanyi kelahiran Merlimau, Jasin iaitu Datuk Siti Roziana Zain atau Ziana Zain.
Seramai 14 individu pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk, termasuk Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Al Hambra Juhar, Hakim Mahkamah Tinggi Suria Kumar Durairaj Johnson Paul dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Sani S Omar.
Selain itu, seramai 189 penerima dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang turut membawa gelaran Datuk.
Antara penerimanya ialah Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail, Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima Berhad Azhari Muhiddin serta penyanyi kelahiran Merlimau, Jasin, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain.
Dalam kategori lain, lima individu ditauliahkan sebagai Jaksa Pendamai manakala 106 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M).
Seramai 151 penerima dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M), Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) kepada 244 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada 386 penerima, Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) kepada 161 penerima dan Pingat Khidmat Lama (P.K.L) kepada lima penerima.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Salhah Salleh berkata keseluruhan penganugerahan itu mencerminkan penghargaan kerajaan negeri terhadap individu yang memberikan khidmat, sumbangan dan bakti dalam pelbagai bidang serta memainkan peranan dalam pembangunan dan kesejahteraan Melaka.




Comments