top of page

Facebook ditegur gagal tangani pedofilia, antun kanak-kanak



Kementerian Komunikasi memberi teguran terhadap Meta Platforms, Inc. kerana didapati masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak terutamanya di Facebook.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut telah dinyatakan dalam pertemuannya dengan Pengarah Dasar Awam Meta Asia Tenggara, Rafael Frankel dan pasukan Meta petang semalam.


"... saya turut menegur pihak Meta kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming), khususnya di platform Facebook.


"Meta perlu jauh lebih proaktif dalam membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial Meta yang menjurus kepada aktiviti jenayah seksual tersebut," katanya yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.


Fahmi berkata kementeriannya akan terus memastikan platform media sosial bersikap tegas dalam menangani jenayah dalam talian bagi menjamin penggunaan Internet yang lebih selamat untuk semua pihak terutamanya kanak-kanak dan keluarga.


Mengulas lanjut mengenai pertemuan dengan Meta, beliau berkata perbincangan mereka berkisar kepada kesiapsiagaan semua pihak bagi penguatkuasaan pelesenan platform media sosial dan sistem pemesejan Internet bermula 1 Januari 2025.


Jelasnya pihak Meta menyuarakan pandangan mengenai pematuhan yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan syarat-syarat ditetapkan, termasuk Kod Tatalaku dan Akta Keselamatan Dalam Talian belum mereka teliti sepenuhnya.


"Saya telah mengingatkan Meta bahawa niat kerajaan mengenakan lesen ini adalah untuk menangani isu jenayah yang berhijrah ke media sosial, termasuk scam, judi dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.


"Namun saya beri komitmen untuk mendengar pandangan semua platform media sosial, memandangkan lesen yang bakal dikenakan adalah lesen kelas," ujarnya.


Tambah beliau lesen tersebut dikenakan kepada semua platform yang memenuhi syarat-syarat, termasuk mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia.


"Pihak Meta telah bersetuju untuk menyediakan maklum balas kepada draf Kod Tatalaku yang telah diterbitkan pada 22 Oktober lalu dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) pada awal minggu hadapan untuk meneliti beberapa aspek dengan lebih terperinci.


"Saya terima baik kesediaan pihak Meta untuk terus bekerjasama dalam isu pelesenan ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page