Exco Wanita KEADILAN Malaysia, Siti Norffinie Yassin kelmarin telah mengedarkan 2,000 paket bubur lambuk dengan kerjasama Wanita KEADILAN Negeri Sabah serta Srikandi KEADILAN Negeri dan Putatan di kawasan Bazar Ramadan di Pekan Sabindo, Lok Kawi, Sabah.
Menurut Norffinie, program edaran bubur lambuk itu akan akan dijalankan pada setiap hari Jumaat sepanjang Bulan Ramadan ini.
"Edaran ini dibuat dalam kawasan Parlimen P173 Putatan yang bermula dengan DUN N24 Tanjung Keramat, DUN N23 Petagas, dan DUN N22 Tanjung Aru, serta beberapa kawasan tambahan seperti di sekitar Pekan Baru dan Lama Putatan
"Program bertujuan mendekati masyarakat ini dilakukan dalam usaha kita untuk memberi manfaat dan sebagai wadah memperkukuhkan lagi hubungan baik dengan masyarakat tempatan," katanya.
Turut hadir menjayakan program ialah Pn Junaidah Makku yang mewakili Wanita KEADILAN Negeri Sabah serta Cik Diana Redzuan, Ketua Srikandi KEADILAN Putatan.
Comments