top of page

Exco Ustaz Zawawi lancar kempen beg guna semula di Kuala Selangor



Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni (gambar, kanan) berkonvoi ke Daerah Kuala Selangor menggunakan motorsikal berkuasa tinggi menghadiri Program Pelancaran Beg Guna Semula (BAGUS), semalam.


Menurut Zawawi, majlis pelancaran kempen itu dibuat di Pasar Awam Tanjung Karang, Kuala Selangor dan mendapat sambutan penduduk setempat


"Seawal jam 7.00 pagi saya bersama konvoi motorsikal berkuasa tinggi menghadiri Program Pelancaran Beg Guna Semula (BAGUS) di Daerah Kuala Selangor, Parlimen Tanjung Karang.


"Turut bersama ialah YB Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang merangkap Penyelaras Dun Sungai Burong yang juga merupakan Ahli Standco Pengguna Negeri Selangor.


"Sebanyak 1000 Beg BAGUS telah diedarkan kepada Pusat Khidmat Rakyat, MDKS, MPKK, Nazir Masjid, KKI dan pengunjung dan peniaga pasar," katanya.


Beg BAGUS dalah lanjutan kempen Beg Selangorku sebelum ini. Kempen beg guna semula telah dilancarkan pada tahun-tahun awal pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor dan dijenamakan semula saban tahun.


Kempen tersebut bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di negeri Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page