top of page

Exco Selangor koordinasi Misi Bantuan Pasca Banjir di Baling

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 8, 2022
  • 1 min read


Misi pasca banjir Kerajaan Selangor yang dilancarkan kelmarin giat membantu mangsa banjir Baling, Kedah.


Menurut satu kenyataan, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar, mengenakan topi merah) turut sama menyertai sukarelawan untuk mengkoordinasi misi bantuan Kerajaan Negeri.


Belau memimpin Pasukan Sukarelawan Selangor (SERVE) dalam operasi pembersihan.


"Pasukan Sukarelawan Selangor (SERVE) turut sama menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir bagi membantu mangsa yang terjejas di Baling, Kedah," kata kenyataan itu.


Turut bersama pasukan tersebut ialah Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi.



Barangan mangsa banjir yang rosak diketepikan dan yang masih elok dibasuh oleh pasukan SERVE


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page