top of page

Exco Pengguna Selangor puas hati harga tidak baik waktu Deepavali

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 9, 2023
  • 2 min read


Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail (gambar, atas) hari ini berpuas hati mendapati harga barang di pasar raya tidak meningkat menjelang perayaan Deepavali.


Menurut beliau, harga seperti kelapa biji dan parut serta tomato yang merupakan bahan masakan penting masyarakat India didapati dijual lebih murah berbanding paras harga yang ditetapkan dalam skim harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


"Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan pematuhan skim dan kita adakan tinjauan di pasar raya Mydin bagi melihat sendiri harga dan barangan yang ditawarkan.


"Harga yang ditetapkan cukup baik, malah lebih rendah berbanding yang disaran. Kepada pengguna, boleh cari barangan asas di sini untuk nikmati penjimatan," katanya dipetik Selangorkini.


Produk lain yang disenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Deepavali ialah bawang merah besar import, bawang merah kecil India, cili merah, daging kambing biri-biru bertulang import dan kacang dal Australia.


Dalam perkembangan lain, Pengarah KPDN negeri, Mohd Zuhairi Mat Radey yang turut serta dalam tinjauan tersebut berkata setakat ini belum ada aduan rasmi diterima daripada pengguna berhubung kenaikan harga ayam.


Exco menunjukkan barang barang disenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

Katanya, hampir 99 peratus peniaga ayam di Selangor tidak menaikkan harga susulan pelaksanaan pengapungan harga bagi bahan mentah itu sejak Rabu lalu.


"Berdasarkan pemantauan selama sembilan hari, kami mendapati pematuhan adalah sebanyak 99 peratus di mana harga ayam yang dijual lebih murah berbanding RM9.40 sekilogram.


"Hanya ada satu atau dua premis yang jual melebihi harga. Mengenai aduan, saya sendiri terkejut kerana tidak ada langsung aduan daripada pengguna setakat ini," katanya.


Turut hadir dalam tinjauan pagi tadi adalah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dan bebeapa pegawai penguatkuasa KPDN.


Semakan harga boleh dibuat oleh pengguna menerusi laman web https://www.kpdn.gov.my. dan orang ramai diminta melaporkan secara terus di mana-mana platform KPDN jika terdapat sebarang aduan.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page