top of page

Exco Belia Selangor sokong sekat permainan online berunsur ganas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read

ree

Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi (gambar) menyambut baik tindakan kerajaan meneliti kemungkinan mengharamkan aplikasi permainan dalam talian atau online popular seperti Roblox dan UMI yang dikaitkan dengan unsur keganasan serta pengaruh negatif terhadap kanak-kanak.


Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tindakan tepat dan perlu dilaksanakan segera bagi mengekang pendedahan anak-anak kepada kandungan berisiko.


"Saya mengalu-alukan langkah ini. Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas mengharamkan permainan atas talian yang boleh mendedahkan anak-anak kepada elemen negatif seperti Roblox.


"Bukan sahaja Roblox tetapi kerajaan juga perlu teliti setiap perisian permainan dalam talian lain yang juga mempunyai unsur ganas dan merosakkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak," katanya dipetik.


Minggu lalu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengharamkan permainan Roblox dan UMI.


Ia susulan kebimbangan terhadap keselamatan serta pengaruh negatif kepada golongan muda, selepas insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah akibat dipercayai terpengaruh dengan permainan tersebut.


Sementara itu, Najwan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik mencadangkan agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Digital menyemak semula semua perisian permainan yang mengandungi unsur ganas yang mudah dimuat turun ke telefon pintar.


Pada masa sama, beliau menyeru ibu bapa agar lebih tegas dan peka terhadap aktiviti anak-anak di dunia maya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page