top of page

ESSCOM: Tambah keupayaan aset perkasa sempadan negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 7, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memberi jaminan untuk sentiasa meningkatkan keupayaan aset pertahanan negara terutama di Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan pada ketika ini sedang meningkatkan keupayaan radar selain menambah bot-bot berkelajuan tinggi di sempadan laut negara.


"Buat masa sekarang keupayaan radar kita ada sejumlah radar yang sedang beroperasi tapi aset tambahan yang teknologi tinggi ini di bawah Rancangan Malaysia ke-11 membabitkan sistem radar pengawasan laut


"Komponen kedua adalah floating boat di Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik dan 30 unit bot laju dibawa telah diberi lampu (kelulusan).


"Selain itu, pembinaan pos-pos kawalan sekarang ada 46 kita tingkatkan lagi di kawasan sekitar Kinabatangan dan Lahad Datu," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran)berhubung status terkini ESSCOM dan usaha KDN bagi mempertingkatkan keupayaan aset serta penguatkuasaan dalam mendepani ancaman keselamatan sempadan.


Mengulas lanjut, Saifuddin berkata ESSCOM berjaya mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini.


Tambahnya, kejayaan itu hasil kawalan secara bersepadu oleh pasukan keselamatan menerusi rondaan darat, laut dan udara bertujuan meminumkan ancaman berkenaan.


"Untuk makluman, ancaman penculikan ada, tetapi rekod sejak 15 Januari 2020 hingga sekarang penculikan untuk tebusan wang itu sifar.


"Ini rekod sangat signifikan. Ini sebab ESSCOM buat rondaan, ada kapal yang dipanggil kapal induk (Mothership) dan rondaan helikopter antara perkara yang melonjakkan prestasi dan meminimumkan ancaman keselamatan," ujarnya.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page