top of page

Eric See kaitkan "Lighad" dengan konotasi seksual, umat Islam tidak puas hati

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
20 hours ago
1 min read
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Mohammed Taufiq Johari
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Mohammed Taufiq Johari

Tindakan bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Eric See-To didakwa mengaitkan perkataan “lighad” diucapkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2027 dengan perkataan berkonotasi seksual dianggap telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkataan lighad tersebut juga mempunyai kaitan dengan Surah al-Hashr ayat 18, al Quran dan semua pihak perlu menghormati sensitiviti agama meskipun mempunyai pandangan politik yang berbeza.


"Ini bukan sekadar lawak atau permainan kata. Kalimah itu datang daripada ayat suci al-Quran. Membandingkannya dengan bahasa lucah adalah penghinaan yang menyinggung perasaan umat Islam tanpa mengira pegangan politik mereka," kata Menteri Belia dan Sukan itu.


Dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik perhatian apabila beberapa kali menggunakan istilah Arab yang jarang didengar seperti “waad” dan “lighad”.


Bagaimanapun, dalam usaha memperlekehkan belanjawan tersebut, Eric menulis: “Yang saya tengok ialah ada ‘lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘liwat’ pula.”

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page