top of page

Bela Eric See-To: Nik Abduh diminta tarik balik kenyataan, mohon maaf

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
35 minutes ago
1 min read
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan

KEADILAN mendesak pemilik akaun Facebook, Nik Mohamad Abduh menarik balik kenyataan yang didakwa mempertahankan tindakan mempersendakan kalimah al-Quran, selain mengemukakan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata, pihaknya merujuk kepada satu komen yang didakwa dibuat oleh pemegang akaun Nik Mohamad Abduh di wall Facebook Eric See-To – Lim Sian See.


Menurutnya, sekiranya pemilik akaun berkenaan ialah pemimpin terkenal daripada Pas, perkara itu amat dikesali, khususnya apabila beliau didakwa mempertahankan perbuatan yang tidak wajar terhadap al-Quran.


"Tarik balik kenyataan tersebut, KEADILAN juga menuntut agar Nik Mohamad Abduh mengeluarkan kenyataan maaf kepada seluruh warga Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Amidi yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN turut menasihatkan pemilik akaun berkenaan supaya bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas tindakan yang didakwa menyokong perkara mungkar.


Dalam kenyataan sama, Amidi menegaskan bahawa tindakan mempersendakan kalimah “lighad” yang dikaitkan dengan petikan al-Quran tidak seharusnya dijadikan alasan politik.


Beliau menegaskan, isu berkenaan perlu dilihat dari sudut penghormatan terhadap kesucian al-Quran dan bukannya bahan pertikaian politik.


"Penghinaan ini bukan satu justifikasi politik," kata beliau lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page