top of page

Erdogan menang pilihanraya presiden Turkiye

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 29, 2023
1 min read


Persaingan sengit di antara penyandang Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu berakhir semalam apabila Erdogan mendapat 52.14% undi dalam kiraan tidak rasmi pilihanraya presiden pusingan kedua, ketika 99.43% peti undi telah dibuka.


Berdasarkan peraturan pilihanraya Turkiye, pemenang dimuktamadkan apabila calon melepasi 50% sokongan.


Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pilihan Raya Tertinggi Turkiye, Ahmet Yener mengisytiharkan Erdogan kembali sebagai Presiden Turkiye.


Menurut keputusan tidak rasmi, Kilicdaroglu tertinggal di belakang dengan 47.86% sokongan.


Pada pilihanraya pusingan pertama Presiden Erdogan mendahului dengan 49.52% undi setelah dicabar 3 pencabar lainnya.


Sebelum ini, Perikatan Rakyat Erdogan atau People’s Alliance juga memenangi majoriti di parlimen Turkiye pada 14 Mei lalu.


Dengan kemenangan di parlimen dan pemilihan presiden, dijangka kerajaan sahabat lama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar itu akan menjadi lebih kukuh dan memainkan peranan lebih besar sebagai pengimbang kuasa di Eropah berhadapan cabaran perang Rusia - Ukraine dan kemelesetan ekonomi Blok Kesatuan Eropah.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page