top of page

Eratkan perpaduan anggota parti, tawaran Abun sebagai calon naib presiden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Calon Naib Presiden KEADILAN dari Sarawak, Senator Abun Sui Anyit berazam mahu mengeratkan lagi perpaduan antara anggota parti dan rakyat di negara ini yang kelihatan direnggangkan oleh anasir luar terutamanya melibatkan isu raja, agama dan kaum (3R) dan sentimen wilayah.


Tekad tersebut disuarakan Abun sekiranya beliau dipilih memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden dari Borneo pada pemilihan parti kali ini.


Beliau berkata, sebagai parti nasional kepimpinan KEADILAN tidak boleh lagi mengabaikan Sabah dan Sarawak.


''Saya turut mendapat keizinan daripada anggota dan sahabat kepimpinan seluruh negara, inilah sebab utama saya menawarkan diri untuk dipilih sebagai Naib Presiden bagi merapatkan lagi hubungan sesama anggota dalam KEADILAN.


''Saya sangat yakin perwakilan dari seluruh negara akan mempertimbangkan untuk berkongsi visi ini dengan menghulurkan sokongan dan undi kepada saya bagi merapatkan lagi hubungan sesama kita sebagai keluarga besar KEADILAN seterusnya sebagai keluarga besar Malaysia MADANI,'' katanya dalam satu kenyataan.


Kata Abun lagi, semangat 'Segulai Sejalai' juga perlu diterapkan dalam KEADILAN seiring dengan hasrat Presiden yang juga Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar yang mengadopsi frasa Bahasa Dayak Iban 'Segulai Sejalai' dalam pentadbiran Malaysia MADANI.


''Sebagai calon Naib Presiden, saya turut mengulangi pendirian saya iaitu berharap agar Datuk Seri Anwar sebagai calon Presiden tidak dicabar.


''Semoga idea, rungutan dan aduan anggota bawahan akan dapat disampaikan kepada kepimpinan tertinggi parti jika perwakilan memberikan saya peluang sebagai salah seorang calon Naib Presiden nanti,'' ujarnya lagi.


"Pindaan ini akan melalui ujian pertamanya dalam pemilihan parti pada 23 Mei 2025 ini di mana semua calon pimpinan pusat dilihat mempunyai peluang sama rata berbanding kaedah sebelum ini di mana pimpinan akan dipilih oleh perwakilan - perwakilan yang datang dari seluruh negara dengan kadar yang lebih kurang sama banyak.


"Justeru kebijaksanaan perwakilan dalam menentukan hala tuju bahtera besar parti politik nasional KEADILAN ini akan pasti ditunjukkan dalam pemilihan kali ini," katanya.


Justeru itu Abun berharap, para perwakilan yang akan berkumpul di Johor, Kuching dan Kota Kinabalu pada 21-24 Mei mengambil sedikit masa untuk menelaah dan memahami dulu tujuan dan matlamat perjuangan serta roh KEADILAN sebelum membuat pilihan pada Pemilihan KEADILAN 2025.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page