top of page

Erat hubungan antara komuniti sempena Pongal - Wanita KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Kemeriahan Pongal terus menjadi simbol kesyukuran dan harapan sekali gus mengingatkan rakyat Malaysia kemakmuran lahir daripada kerja keras, kebersamaan dan semangat saling menyokong antara satu sama lain.


Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar berkata, Malaysia dibina atas asas kepelbagaian budaya, bahasa dan kepercayaan.


Namun ujarnya, kekuatan sebenar Malaysia terletak kepada keupayaan masyarakat untuk bersatu dalam bingkai kepelbagaian termasuk menghormati perbezaan, meraikan keunikan, dan berdiri bersama apabila berdepan cabaran.


"Inilah nilai yang harus terus kita pelihara dan pertahankan. Sempena Pongal ini, marilah kita memperkukuh semangat perpaduan, mempererat hubungan antara komuniti, dan memperbaharui komitmen untuk membina masyarakat yang adil, inklusif dan saling menghormati.


"Dengan kesatuan hati dan tindakan, kita mampu memastikan kemajuan yang dinikmati adalah untuk semua, tanpa ada yang tertinggal," katanya dalam satu muat naik di Facebook.


Perayaan Pongal disambut pada 14 atau 15 Januari. Pongal yang juga dikenali sebagai Thai Pongal, ialah perayaan pesta menuai yang disambut selama beberapa hari oleh masyarakat Tamil.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page