top of page

Era Tun M sudah berlalu, usah lagi kritik Anwar - Nazri



Mantan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menyanggah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperlekeh kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara.


Nazri menasihatkan Tun Dr Mahathir agar berhenti bermain politik dan seharusnya memberi peluang kepada Anwar menggalas tanggungjawab mengemudi negara.


"Masa beliau sudah berlalu. Cukup-cukup lah, beri peluang kepada Anwar untuk memimpin dan memulihkan ekonomi negara.


"Apa lagi beliau (Mahathir) mahu? Sudah kalah teruk dan hilang deposit di Langkawi baru-baru ini. Semua calon parti dia kalah dan hilang deposit, sudahlah, cukup. Bantu pemimpin muda pulihkan ekonomi negara," katanya dipetik.


Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif dengan Berita Harian baru-baru ini menyatakan kebimbangannya mengenai kemampuan Anwar untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.


Dr Mahathir membangkitkan perihal kononnya kegagalan ketika Anwar dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri pada 1997 mencari jalan penyelesaian ketika krisis kewangan melanda.

Namun Nazri membidas kenyataan itu kerana Tun Mahathir bercuti beliau masih mengawal pentadbiran dan Anwar tidak diberi kuasa.

"Saya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu dan bercakap dengan Anwar, beliau tidak mempunyai kuasa biarpun ditugaskan sebagai pemangku perdana menteri.


"Benar Dr Mahathir bercuti di luar negara, tetapi beliau tetap mengawal pentadbiran negara dan bukannya memberi kuasa kepada orang lain.


"Semua orang tahu dan anggap Dr Mahathir sebagai diktator, beliau tidak akan beri kuasa kepada orang lain, cakap 'beri kuasa' itu semua menipu.


"Jadi macam mana Anwar mahu selesaikan masalah kalau tidak diberi kuasa, masih dikawal pihak lain?" kata Nazri.


Mengulas lanjut mengenai serangan terbaharu Mahathir itu, Nazri mempersoal sikap bekas Pengerusi parti Pejuang itu yang menganggap semua orang tidak betul dengan hanya dia sahaja yang tahu mentadbir dan memerintah.


"Anwar baru sebulan lebih jadi Perdana Menteri, jangan cepat sangat nak buat penilaian, bagi lah sedikit masa untuk beliau buktikan.


"Apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir terhadap Anwar tidak penting buat masa ini kerana Perdana Menteri mempunyai tugas besar memimpin dan memulihkan ekonomi negara," tegas Nazri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page