Era PH harga sayuran terkawal, kerajaan BN jangan berdolak dalik - Sim Tze Tzin



Harga barang keperluan, terutama sayur sayuran yang melambung ketika ini adalah sepenuhnya kelemahan kerajaan BN kerana pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) (2018 - 2020) tidak berlaku kenaikan setinggi sekarang.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin, kerajaan BN tidak faham mengenai rantaian bekalan atau supply chain sejak dari ladang hingga ke kedai runcit sebab itu mereka gagal mengawal harga.


"Kita tahu harga barang sebenarnya berkaitan supply chain, contohnya katakan ayam, dia ada input makanan ayam, lepas itu reban ayam, elektrik, air, pengangkutan, rumah sembelih, pembungkusan dan pasar.


"Kerajaan kena lihat keseluruhan masalah yang menyebabkan harga ayam naik. Cari penyelesaian.


"Sayur pula lihat kepada kos baja, racun. Penanaman di kebun sayur adakah cukup tenaga buruh? Sekarang masalah pekerja asing. Lepas itu kita tengok supply and demand. Katakan demand sawi tinggi tetapi supply rendah kerana mungkin masalah hujan, masalah cuaca tidak baik.


"Kalau isu ini perlu penyelesaian berlainan. Sayur dari kebun masuk lori sampai ke pasar borong dan kedai runcit, ada supply chain yang panjang. Kementerian sekarang ini seperti tidak ambil tahu supply chain menyebabkan harga barang naik mendadak," katanya.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, kerajaan tidak boleh mengatakan kenaikan harga sayur hanya khabar agin atau hanya ditimbulkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sahaja.


Kata Sim, mereka perlu mengkaji dan menyelesaikannya.


"Bila mereka jawab di Parlimen, Timbalan Menteri kata harga naik hanya hear say CAP. Ini adalah state of denial.


"Semalam saya turun ke pasar Sungai Ara di Bayan Baru. Rata rata mengadu kepada saya tentang kenaikan harga barang. Apabila saya tanya kenapa, saya dapati peniaga pun menderita apabila sayur sampai kepada mereka dengan harga tinggi.


"Dulu boleh untung RM1, sekarang untung 30 sen. Kalau mereka kekalkan untung, pelanggan tidak mahu beli kerana mahal.


"Jangan ingat peniaga mesti untung apabila harga tinggi. Katakan dulu mereka jual RM3, untung RM1. Kalau dapat RM5, mereka jual RM5.50 nanti mahal sangat orang tak mau beli.


"Kerajaan kena betul betul kaji supply chain," katanya.


Sim berkata, kerajaan BN seharusnya mencontohi keadaan harga terkawal pada era pemerintahan PH yang mana rakyat tidak tertekan berbelanja, apatah lagi ketika musim perayaan.


"Masa PH kita berjaya mengawal supply chain. Ini kejayaan yang sangat besar, yang banyak tidak menghargai. Di mana Kementerian Pertanian dan KPDNHEP, kami bersama sebagai satu pasukan. Di mana komunikasi selalu berlaku. Kita buat kajian supply chain bersama. Saya tak pasti kerajaan sekarang buat atau tidak.


"Itu yang orang pandang enteng. Saya rasa sekarang orang rindu zaman PH. Rakyat boleh rayakan perayaan dengan tenang dan dengan lebih selesa.


"Sekarang belum raya pun rakyat sudah tertekan. Dalam bulan Februari saya tidak pasti harga macam mana. Krismas sudah seperti ini, Tahun Baharu Cina mungkin lebih teruk.


"Kerajaan jangan berdolak dalik dan jangan takut ambil tanggungjawab," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER