top of page

Era Muhyiddin kerajaan libatkan BlackRock, MAHB hanya libat GIP

Updated: Jun 27



Kerajaan PN sebelum ini telah pun mengudang syarikat permodalan antarabangsa BlackRock dalam menguruskan pelaburan syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa RM25 bilion pelaburan telah diserahkan di bawah kendalian syarikat itu pada 2021 ketika Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin menjadi PM Malaysia.


"Saya jelaskan tentang kepentingan BlackRock. Kita tahu ia pengurus aset terbesar di dunia dan sebagainya. Tetapi keadaan dalam negara sekarang BlackRock punyai kepentingan dalam bursa saham sebanyak RM25 bilion, termasuk syarikat besar TNB, Telekom, Petronas dan RM7 bilion bon kerajaan dan korporat


"Tetapi kita diserang sekarang, termasuk sebelah sana (pembangkang). Dia lupa bahawa keputusan penting mengambil peranan BlackRock itu tahun 2021. 26 Februari tatkala Pagoh menjadi PM.


"Apa keputusannya? Iaitu menyerahkan KWSP, akaun terurus berasingan bersama ekuiti persendirian patuh syariah pertama terbesar di dunia, diberikan kepada BlackRock. Tahniah. Jumlahnya AS$600 juta bersamaan RM2.5 bilion


"Saya pertahankan kalau tanya saya, kerana kemungkinan KWSP telah melapor kepada Pagoh dan Jemaah Menteri bahawa ini (BlackRock) hanya syarikat pelaburan. Apakah ketika itu BlackRock tidak melibatkan sentimen pro Israel, sudah," katanya.


Tegas Anwar, situasi pada waktu ini tidak sama dengan 2021 kerana BlackRock tidak sama sekali berunding dengan kerajaan untuk membeli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Rundingan hanya dibuat bersama GIP yang dilaporkan akan dimuktamadkan pembelian sahamnya oleh BlackRock pada September ini.


"Dalam kes MAHB tidak pernah ada rundingan. Tidak pada 2021. Pada 2021 KWSP runding terus dengan BlackRock. 2023 KWSP dan Khazanah runding dengan GIP, tidak terlibat BlackRock. Berbeza dengan naratif di luar," katanya.


Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya lapangan tebang Malaysia dijual kepada syarikat Israel.


Katanya, hanya syarikat pengursan lapangan terbang, MAHB yang sahamnya dijual kepada kepentingan asing iaitu GIP dan Abu Dhabi Investment Authority. Itu pun sebelum ini sememangnya pegangan kedua dua syarikat tersebut telah menguasai 27% saham dan ditingkatkan kepada 30%.


"Ini berbeza dengan naratif di luar, seolah olah ada penjualan. Tiada penjualan MAHB kepada syarikat asing.


"Selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27% dan ini yang diambil alih oleh Abu Dhabi Investment Authority dan GIP. Itu saya nak jelaskan fakta. Apakah ada penjualan, tidak. Ia hanya melibatkan pengurusan lapangan terbang. Lapangan terbang kekal milik kerajaan malaysia.


"Ini sama seperti MAHB diberi izin oleh kerajaan Turkiye mengurus Lapangan Terbang Sabiha Gökçen Istanbul. Kita diberi hak mengurus tetapi milik kekal kerajaan Turkiye. Beza dengan kita jual hak Malaysia kepada Israel," katanya.


Tegas Anwar, GIP merupakan rakan kerjasama KWSP sejak 2012 lagi dalam kerjasama pengurusan Lapangan Terbang Sidney dan Lapangan Terbang Gatwick, UK.


Rundingan pengambilalihan oleh BlackRock pula hanya berlaku pada 2024. Tidak adil untuk memutuskan kerjasama sekian lama dengan GIP kerana terdapat pelaburan BlackRock di dalamnya, sedangkan BlackRock dalam kenyataan GIP tidak terlibat dalam pengurusan lapangan terbang.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page