top of page

'Era media sosial menteri tidak boleh berlakon bantu mangsa banjir'



Dua aksi oleh Menteri untuk dilihat membantu mangsa banjir baru baru ini hanya sesuai dilakonkan pada era sebelum kewujudan media sosial


Gaya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyodok lumpur dan Menteri Datuk Rina Harun membersihkan kaki lima belakang sekolah mendapat kecaman di media sosial apabila terdedah rakaman pada sudut lain atau peristiwa 'di belakang tabir'


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, era berposing membantu mangsa bencana telah pun berlalu kerana media sosial akan menghebahkan peristiwa sebenar di tempat kejadian.


"Kalau kita tengok kepimpinan yang rakyat dambakan sekarang adalah kepimpinan melalui tauladan. Kalau tauladan yang ingin ditonjolkan hanya setakat posing untuk kamera, itu rakyat tak minat. Sebab dalam era media sosial, tik tok, Instagram, Twitter dan Facebook kita boleh lihat apa yang berlaku di sebalik tabir.


"Iaitu apa yang bukan diedit dan dibawa oleh media rasmi. Kita boleh tengok perkara yang berlaku di belakang. Bila rakyat boleh lihat maka rakyat sedar sendiri apa sebenarnya berlaku.


"Bagi saya sodok lumpur dan bersihkan najis unggas dan cicak, ini adalah percubaan mengaburi mata (rakyat)," katanya kepada Suara Keadilan.


Justeru, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyeru agar Menteri kerajaan BN - PN lebih prihatin dan peka terhadap penderitaan rakyat.


Katanya, jangan sampai agensi kerajaan terpaksa menjawab kelemahan Menteri sebagaimana melibatkan beberapa klip video yang tular.


"Lebih perit dan disebut oleh beberapa ciapan dalam Twitter, contohnya bila PM turun ke satu kawasan, trafik tergendala. Sehinggakan ambulans pun terpaksa tunggu.


"Jawapan yang diberikan, saya nampak trendnya ialah menteri buat salah orang lain kena jelaskan. Rina Harun buat salah Jabatan Kebajikan Masyarakat kena jelaskan. PM dan konvoinya buat salah, PDRM kena jelaskan. Kenapa penjelasan tidak diberi oleh Menteri sendiri atau Setiausaha Akhbar Menteri?


"Kenapa dibebankan agensi atau pasukan untuk memberi penjelasan atas kesilapan Menteri. Sedangkan Menteri yang bertanggungjawab, Menteri yang ambil video, Menteri berkonvoi," katanya.


Kebobrokan itu, tegas Fahmi, hanya menunjukkan tidak berwibawanya Menteri kerajaan BN dan perlunya mereka diganti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"Bagi saya isu pokok ialah kepimpinan yang pincang. Kepimpinan seakan akan tidak mampu memimpin. Ini wajib kita perbetulkan sama ada sekarang atau pun pada PRU akan datang," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page