top of page

Era Kerajaan Madani pramugari tutup aurat, Pas mula ungkit perjuangan?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 minutes ago
  • 2 min read

Air Asia mengumumkan polisi membenarkan kru penerbangan menutup aurat pada era Kerajaan Madani
Air Asia mengumumkan polisi membenarkan kru penerbangan menutup aurat pada era Kerajaan Madani

Oleh: Akmal Manaf


Isu pemakaian pramugari yang sekian lama diperdebatkan akhirnya menemui titik penyelesaian pada era Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila prinsip menutup aurat mula diterima dan dilaksanakan, sekaligus dilihat sebagai simbol sinar Islam yang semakin terang dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.


Di sebalik kejayaan itu, Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Syam Ghaz berkata, beliau sudah dapat menjangkakan Pas akan sedaya upaya akan mengaitkan perubahan tersebut dengan usaha mereka sebelum ini, walaupun pelaksanaan sebenar hanya berlaku ketika era Kerajaan MADANI.


Katanya, kelmarin Ameerah Pas Kelantan, iaitu Jabatan Khas di bawah Muslimat Pas Kelantan memuat naik hantaran di Facebook berhubung isu berkenaan yang cuba menggambarkan usaha pemimpin Pas memperjuangkan hak bertudung pramugari.


Sedangkan, kata Syam Ghaz, Pas pernah berada dalam Kerajaan Persekutuan (2020 - 2022) sebelum ini namun tiada satu pun usaha untuk menjayakan agenda menutup aurat kru kapal terbang dilaksanakan.


"Mereka gagal (melaksanakan) ketika Datuk Seri Siti Zailah Mohd Yusoff menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kegagalan tersebut juga turut dikaitkan dengan Kementerian Pengangkutan yang diterajui Datuk Seri Wee Ka Siong (ketika itu).

Syam Ghaz
Syam Ghaz

"Semalam Datuk Seri Tuan Ibrahim pun nampak nak ke arah ‘aim’ juga. Waktu 33 bulan dia jadi Menteri Alam Sekitar hadir dalam Mesyuarat Kabinet, tak berjaya buat pun.


"Masa 33 bulan dulu tiga YB Pas jadi Menteri, Menteri Undang Undang dan Agama pun dari Pas, jika nak buat boleh sangat lah. (Yang jadi) Timbalan Menteri pula (ada) empat orang.


"Itu pun tak mampu buat apa pun. Akhirnya Anthony Loke Menteri Pengangkutan daripada DAP yang berjaya melaksanakannya," katanya dalam satu muat naik di Facebook beliau.


Menurut Syam Ghaz lagi, apabila perubahan itu berjaya dilakukan ketika era pemerintahan Datuk Seri Anwar, ada pula pemimpin Pas yang mendakwa syarikat penerbangan itu bertindak atas inisiatif sendiri, bukan kerana arahan kerajaan.


"Depa tak baca kot buku MADANI dan Agenda Reformasi Pentadbiran Awam era MADANI zaman Kerajaan sekarang ni nak buat banyak benda lagi, bukan itu sahaja, terutamanya bab etika dan nilai.


"Budaya politik sempit macam ini lah menyebabkan politik Islam asyik ‘berperang’ sepanjang masa, tetapi masa berkuasa tak laksanakan.


"Alhamdulillah zaman Kerajaan MADANI juga ia berlaku. Ini menunjukkan sinar Islam makin berkembang. Tahniah PMX Anwar Ibrahim!.


"Apapun kita sepatutnya bersatu hati, tidak kira lah parti mana. Berterima kasih dan tak semua benda kena bergaduh, janji sinar Islam makin berkembang di Malaysia kan," katanya lagi.


Syam Ghaz berharap pemimpin Pas selepas ini akan terbuka hati untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Madani yang berjaya membenarkan pramugari Air Asia dan MAS menutup aurat, dan diperjuangkan oleh Pas sejak berpuluh tahun lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page