Era barang naik, penduduk Sarawak perlu berubah - Halim



Pengundi di Sarawak perlu melakukan perubahan untuk julung julung kalinya dalam Pilihan Raya Negeri pada 18 Disember ini.


Hal itu, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Datuk Halim Bachik, kali ini KEADILAN telah menurunkan calon terbaik gandingan muka lama dan baru yang mampu memberi pentadbiran yang mantap sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.


"Semalam saya jumpa kawan yang beri komen tentang sawit. Walaupun harga sawit tinggi, RM2,000 setan tetapi masalahnya kos baja, racun juga meningkat.


"Keuntungan lebih kurang sama, atau ada yang beritahu kurang untung sebab kos buruh naik. Rata rata rakyat Sarawak nak berubah.


"Saya cakap carilah pemimpin yang boleh membela rakyat. Negeri ini kaya tetapi kebanyakan penduduk masih lagi miskin. Contohnya jalan raya. Itu satu kesulitan, masalah untuk pergi dari satu tempat ke satu satu tempat memakan masa lama


"Internet juga masalah, kebanyakan pelajar bermasalah melayani internet. Internet dalam kawasan Miri (bandar kedua besar) pun masalah," katanya.


Oleh itu, Halim berharap rakyat Sarawak tidak mensia siakan peluang berubah kepada kerajaan lebih baik buat pertama kali dalam 58 tahun.


"Peluang 5 tahun sekali, saya harap pengundi jangan salah pilih.


"Ini peluang terbaik sebelum kita melangkah ke PRU 15 yang dijangka tahun depan. Ini masa hadapan rakyat Sarawak, untuk anak cucu kita," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759