top of page

Enggan bentang Undi Tidak Percaya: Pembangkang macam 'langau politik'



Keputusan pembangkang untuk tidak mengusulkan usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri setelah memainkan naratif kerajaan bakal ditumbangkan menjadikan mereka seumpama 'langau politik'


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan pembangkang perlu menunjukkan keberanian mereka mencabar keabsahan sokongan dimiliki Anwar setelah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sendiri mencabar usul itu dikemukakan.


"Datuk Seri Anwar dengan berani dan secara terbuka telah mencabar pembangkang untuk mengemukakan usul Undi Tidak Percaya di Parlimen.


"Sepatutnya mereka (pembangkang) menggunakan peluang pada sidang Parlimen membawa usul tersebut.


"Jadi bila mereka tidak membawa usul Undi Tidak Percaya ini, saya boleh sifatkan mereka umpama ‘langau-langau’ politik sahaja,” kata kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Metrologi 2023 pada Ahad.


Sejak gagal menjadi kerajaan usai PRU lalu, pembangkang sering memainkan naratif kononnya kerajaan bakal tumbang dengan dakwaan beberapa Ahli Parlimen mengalih sokongan mereka.


Baru-baru ini ia sekali lagi menjadi polemik apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersdatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman, memberi bayangan mengenai gerakan tersebut dengan memuat naik angka 126 di Facebook miliknya.


Tidak mahu situasi politik terus berada dalam keadaan ketidaktentuan sehingga akan menjejaskan keyakinan pelabur, Anwar kemudiannya mengulangi gesaan supaya keabsahannya dicabar.

Pejabat Ketua Pembangkang kemudian memaklumkan Perikatan Nasional (PN) tidak akan membawakan usul berkenaan.


Pada 19 Disember tahun lalu, usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri yang menjadi agenda pertama dalam sidang Dewan Rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan, menyaksikan Anwar memperoleh sokongan 148 Ahli Parlimen.


Ia sekali gus menyaksikan Anwar menjadi Perdana Menteri pertama dalam tempoh 14 tahun yang berjaya mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan sejak 2008.


Untuk rekod, Penggal Kedua, Parlimen ke 15 bagi 2023 akan bersidang pada 22 Mei 2023 - 15 Jun 2023.


Pembangkang dicabar mengemukakan usul Undi Tidak Percaya pada sepanjang tempoh itu. Bagaimanapun notis usul perlu dimasukkan dua minggu lebih awal sebagaimana peraturan dewan dan Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa beliau membenarkan Speaker memberi laluan kepada usul tersebut.


Namun berdasarkan maklum balas pejabat Speaker, tiada usul sedemikian dibawa oleh pembangkang pada sidang kali ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page