Enam mesin pengimbas dibaiki lepas lawatan mengejut PM
- Redzuan Shamsudin
- Jul 4, 2023
- 1 min read

Enam daripada tujuh unit mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang rosak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mula dibaiki semalam.
Langkah itu susulan lawatan mengejut Perdana Menteri ke KLIA pada Isnin termasuk memantau perjalanan operasi Kastam dan Imigresen, kata Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan.
"Pembaikan itu membabitkan kos lebih RM1 juta dan kementerian tidak mempunyai halangan untuk meluluskan sebarang baik pulih yang dikemukakan daripada mana-mana agensi atau jabatan setakat ini," jelasnya.
Ahmad Maslan sebelumnya ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus Integriti Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) dengan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) dan Regional Office for Capacity Building (ROCB) di Bukit Baru, Melaka yang turut dihadiri Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan.
Sementara itu, Zazuli berkata kawalan agensi berkenaan di KLIA tidak hanya bergantung kepada mesin pengimbas semata-mata, malah beberapa cara turut digunakan dalam melindungi keselamatan di pintu masuk utama negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata dia mendapati hanya satu daripada tujuh pengimbas barangan beroperasi di KLIA dan mahu keadaan itu diperbaiki segera.
Common sense not common anymore. Maintenance culture lacking and apathy from the people in charge of facilities at the airport.
Do we need the Prime Minister to visit and identify your faults???? Shameless!!!