top of page

Empat pemimpin, aktivis KEADILAN dilantik Senator



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan empat aktivis dari KEADILAN dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.


Mereka adalah Pengerusi Biro Orang Asli KEADILAN Manolan Mohamad; Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak yang juga peguam hak asasi kaum pribumi, Abun Sui Anyit.


Turut dilantik adalah Pengerusi Biro Politik Orang Kurang Upaya (OKU) parti itu Isaiah D Jacob dan Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali.


Mereka menyertai 12 Ahli Dewan lain yang mengangkat sumpah jawatan dihadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim semalam.


Untuk rekod, Monolan dilantik semula oleh Seri Paduka Baginda selepas khidmatnya sebagai senator berakhir pada 2021. Manakala Abun Sui dan Isaiah berkhidmat bagi penggal pertama mereka.


Amir Ghazali pula dilantik senator atas pilihan DUN Pulau Pinang.


Selain mereka empat bekas Ahli Parlimen kembali ke Parlimen sebagai Senator.


Mereka adalah Ahli Parlimen Kimanis dan Presiden Parti Cinta Sabah Anifah Aman, bekas ahli Parlimen Lumut Dr Hatta Ramli, bekas ahli Parlimen Cameron Highlands C Sivarraajh dan bekas Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual.


Individu lain yang dilantik adalah RA Lingeshwaran; Hussin Ismail; Abdul Nasir Idris; Musoddak Ahmad ; Roderick Wong Siew Lead dan Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Hasbie Muda.


Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Low Kian Chuan dan Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan turut dilantik menganggotai Dewan Negara.


Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan 16 Ahli Dewan Negara itu menyeru setiap Ahli Dewan Negara yang dilantik agar memainkan peranan dan menggembleng tenaga dalam menyemarakkan Rukun Negara selain patuh dengan Perlembagaan negara.


"Mari kita bersama mengorak langkah dan mencari jalan serta menaut persahabatan dan keyakinan bahawa inilah Dewan tertinggi negara kita... kita jangan takut, khuatir dan berbelah bahagi untuk menegakkan kebenaran.


"...dan meneliti segala kuasa segala yang dicatat menerusi Dewan Rakyat ataupun menerusi dewan ini sendiri dengan itu insyaAllah kita akan terserlah sebagai anggota Dewan Negara yang baharu dan boleh kita banggakan untuk kita capai tahap yang lebih tinggi," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page