top of page

Empat komuniti kejiranan Kuantan sertai persidangan APPGM-SDG di Ipoh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

Komuniti kejiranan dari Parlimen Kuantan dalam persidangan APPGM-SDG di Ipoh
Komuniti kejiranan dari Parlimen Kuantan dalam persidangan APPGM-SDG di Ipoh

Empat komuniti kejiranan dari Parlimen Kuantan telah terpilih menyertai Persidangan Pemantapan Kepimpinan Kejiranan yang berlangsung di Ipoh, Perak, baru-baru ini.


Program anjuran Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Bagi Mencapai Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) itu menghimpunkan 50 komuniti terpilih dari seluruh negara di bawah Program Kejiranan dan Kepimpinan (PKK) APPGM-SDG.


Menurut satu kenyataan, setiap komuniti menerima geran RM25,000 bagi melaksanakan lima program kejiranan sepanjang tahun 2024/2025. Usaha tersebut bertujuan memperkukuh keharmonian, keterangkuman dan pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi.


Parlimen Kuantan diwakili oleh Komuniti Kejiranan Seri Inderapura, Taman Berjaya Permai, Taman Guru-Taman Sepakat dan PPRS Pinggiran Putra. Dari Januari hingga November 2024, sebanyak 20 program kejiranan telah berjaya dilaksanakan meliputi tema komuniti inklusif, kekeluargaan, pembangunan ekonomi wanita, belia serta kanak-kanak.


Fakhrul Anuar Zulkawi berkongsi pengalaman
Fakhrul Anuar Zulkawi berkongsi pengalaman

Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, yang juga Pengarah Program Kejiranan Seri Inderapura serta Ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), dijemput sebagai panelis forum.


"Saya telah berkongsi libaturus MBK di dalam memastikan komuniti tidak ketinggalan di dalam pembangunan secara mampan dan inklusif.


"Penyertaan agensi seperti PBT dapat mendekatkan lagi komuniti dengan perlaksanaan dasar pembangunan perbandaran dan aduan-aduan komuniti yang berkaitan," katanya.


Turut hadir, Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri, yang juga Pengerusi NGO Wanita Inspirasi Kuantan (WINK), sebagai panelis forum berasingan. Beliau menekankan kepentingan kepimpinan wanita di peringkat kejiranan.


Penganjuran ini sekali gus memperlihatkan komitmen APPGM-SDG untuk memperkukuh jaringan kepimpinan kejiranan, dengan kerjasama masyarakat sivil, agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page