top of page

Eloklah berundur sebelum dihumban keluar oleh rakyat


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan meluahkan rasa kekesalan terhadap tindakan kerajaan menangguhkan Kongres Nasional Kali Ke-15.


Beliau berkata, Kongres Wanita dan AMK telah berjalan dengan baik secara atas talian sepenuhnya, namun KEADILAN terpaksa menangguhkan Kongres Nasional atas arahan MKN dan Pendaftar Pertubuhan.


"Sebelum itu pada 27 Mei 2021, MKN telah menghantar surat bahawa mereka tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional ini.


"Terserlah kekecewaan semua pihak terutama para perwakilan parti yang berjumlah lebih 2,000 Anggota. Semua telah bersedia untuk bersidang dengan mengangkat tema "Pentas Rakyat".


"Ternyata Kerajaan Pintu Belakang ini sememangnya gemar mengambil langkah kebelakang dengan arahan pembatalan ini," katanya.


Beliau juga berpandangan bahawa keputusan itu menyerlahkan kelemahan pentadbiran kerajaan yang sering membuat keputusan pada saat-saat akhir sehingga menyusahkan ramai pihak.


"Mungkin juga kejayaan Kongres ini bakal memberi tekanan kepada kerajaan tentang hal pembukaan Parlimen secara atas talian.


"Kerajaan makin hilang wibawa. Eloklah berundur sebelum dihumban keluar oleh rakyat," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page