top of page

Elemen AI diterapkan dalam Kurikulum Persekolahan mulai 2027

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
6 hours ago
1 min read
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek. Gambar arkib
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek. Gambar arkib

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan asas kecerdasan buatan (AI) menerusi mata pelajaran Teknologi Digital dalam Kurikulum Persekolahan 2027 di sekolah rendah dan sekolah menengah.


Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bukan sahaja bagi memastikan murid mampu memanfaatkan teknologi tersebut, malah melatih mereka menyemak fakta, menilai jawapan yang meragukan dan menggunakan teknologi secara beretika.


"Kita tidak boleh membiarkan anak-anak ketinggalan dalam era AI, tetapi kita juga tidak mahu kemajuan teknologi menjadikan mereka semakin bergantung pada peranti dan berhenti berfikir.


"Teknologi akan terus berubah, namun tanggungjawab mendidik tidak berubah. Kita mesti memastikan anak-anak kita terus berfikir, berpegang pada nilai kemanusiaan, yang penting sekali beradab walau apapun dasar ataupun pandangan," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Khamis.


Beliau turut memaklumkan seramai 329,414 guru telah menerima latihan literasi AI setakat tahun ini sebagai persediaan memperluas penggunaan teknologi itu ke seluruh sekolah dan akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan semua guru menguasai kemahiran AI.


"KPM mendapat sokongan penuh daripada pelbagai platform untuk memastikan bahawa guru di negara ini benar-benar dilatih," jelasnya.


Sementara itu menurut Fadhlina, literasi AI KPM yang menekankan penggunaan AI secara kritis dan beretika sudah berkuatkuasa sejak 8 Mei lalu.


Panduan bagi memastikan teknologi tersebut digunakan secara selamat turut menekankan tanggungjawab termasuk ibu bapa, pentadbir, guru, dan komuniti.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page