top of page

Elaun Tingkatan Enam diagih bermula semester pertama 2027

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
16 minutes ago
1 min read
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek. Gambar arkib
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek. Gambar arkib

Inisiatif elaun sara hidup pelajar Tingkatan Enam diumum Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 akan diagihkan secara berperingkat bermula semester pertama tahun depan.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata elaun itu akan diagihkan sepanjang tiga semester pengajian, dengan jumlah kira-kira RM800 bagi setiap semester.


"Sebaik sahaja proses pendaftaran semua pelajar Tingkatan Enam selesai, kita akan menyalurkan bantuan itu pada semester pertama mereka," katanya dipetik selepas merasmikan Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia Peringkat Parlimen Nibong Tebal pada Ahad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan elaun sara hidup RM2,500 kepada pelajar Tingkatan Enam.


Pemberian elaun itu adalah antara 12 resolusi yang dibangkitkan pada Kongres Prauniversiti MADANI di Klang, Selangor pada Ogos lepas.


Ia dijangka memanfaatkan 90,000 pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM225 juta.


Fadhlina sementara itu berkata, bantuan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memenuhi keperluan pelajar, sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


"Kita amat gembira dengan pengumuman Belanjawan ini kerana inilah antara hasrat kita untuk memastikan pelajar Tingkatan Enam mendapat sokongan dari aspek pembelajaran.


"Langkah pemberian elaun ini sekali gus meningkatkan kualiti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page