top of page

Elaun RM300, PERKESO untuk nelayan jasa PH, bukan PN



Pengumuman pengembalian Elaun Sara Hidup (ESH) Nelayan RM300 yang dibuat semalam bukanlah dasar Kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus menguatkan kembali ingatannya bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ditumbangkan telah bersetuju untuk mengembalikan amaun RM300 bagi ESH Nelayan pada 2020.


Bukan itu sahaja, tambah Sim, kerajaan PH juga telah membuat dasar baharu memperkenalkan caruman PERKESO untuk nelayan.


Justeru, pengembalian elaun yang diumumkan Muhyiddin hanyalah penerusan dasar PH, bukannya dasar baharu PN.


"Semasa Datuk Seri Salahuddin Ayub dan saya memimpin Kementerian Pertanian, kami melakukan dua perkara utama untuk nelayan tradisional, iaitu mengembalikan ESH ke jumlah RM300 pada tahun 2020 dan caruman PERKESO nelayan.


"Malah pada hari terakhir saya menjawat Timbalan Menteri, mesyuarat terakhir saya pengerusikan adalah bersama pegawai dari Jabatan Perikanan melaksanakan PERKESO untuk nelayan.


"PERKESO nelayan, petani dan penternak merupakan dasar baru di bawah pentadbiran PH dan akan diperluaskan ke semua sektor pertanian untuk memberi perlindungan yang komprehensif kepada para pengusaha," kata Sim dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu lagi, dijangka 900,000 pengusaha sektor pertanian akan dilindungi PERKESO secara berperingkat mulai tahun 2020 mengikut perancangan pentadbiran PH.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar kerajaan PN lebih kreatif dan inovatif dalam merangka dasar meningkatkan taraf hidup nelayan dan tidak perlu menggunakan hasil titik peluh pemimpin PH untuk mengukir nama atau mendapatkan undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


"Pengumuman PM semalam merupakan titik peluh Salahuddin dan pasukan kami sepanjang 22 bulan dalam MoA.


"Beliau jangan hanya nak ambil kredit dan nama semata-mata nak menangkan PRN


"Hakikatnya ialah Kerajaan PN kurang mengilhamkan dasar-dasar baharu yang memberangsangkan. Rakyat masih tak nampak sangat dasar baru dalam sektor pertanian di bawah PN.


"Jangan jadi, 'lembu punya susu, sapi dapat nama'," sinis Sim.


Walau bagaimanapun Sim tetap gembira demi 42,000 nelayan yang akhirnya mendapat nikmat dikembalikan ESH sebanyak RM300 sebulan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page