top of page

Elakkan kluster Hari Raya- Fahmi Fadzil

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • May 24, 2020
  • 1 min read

Sempena hari raya Aidilfitri, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengingatkan rakyat terutamanya di kawasan Lembah Pantai supaya meraikan lebaran secara berpada-pada.


Katanya, walaupun hari raya merupakan hari yang bermakna buat umat Islam selepas sebulan berpuasa, soal kesihatan perlu dijaga dengan sebaiknya bagi mengelak daripada terkena jangkitan COVID-19.


"Tidak perlulah nak balik kampung, kita kena sentiasa berwaspada dan amalkan penjarakan sosial. Sentiasa basuh tangan dan tak perlu ramai-ramai menziarahi rumah.


"Kalau 10 orang pun agak padat, kalau rumah besar boleh melawat tapi jangan ramai-ramai, kita tak nak wujudkan kluster hari raya. Sentiasa ikut arahan dan nasihat KKM berpandukan fakta dan sains," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Fahmi juga mencadangkan supaya rakyat menggunakan alat-alat teknologi terkini sebagai satu bentuk berziarah dengan keluarga terdekat.


"Kalau boleh usahakan ziarah dengan cara lain, mungkin dengan Whatsapp, mesej dengan sanak-saudara melalui video call.


"Insya-Allah PKP akan tamat dan dapat vaksin satu masa nanti, salam Aidilfitri dan maaf zahir batin," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page