top of page

Elak politik 'rosak' pembangkang berjangkit ke Johor - Mahfuz



Oleh: Noraini Nordin


Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berharap budaya politik pembangkang yang telah 'rosak' sekarang ini tidak berjangkit hingga ke Johor.


Kata beliau, sejak PN dan Pas menguasai politik Kedah banyak perkara di negeri itu telah menjadi 'rosak'.


"Hinggakan menyebut "kepala bapak'' sudah diterima sebagai suatu pujian dan bukan lagi makian.


"Ini adalah petunjuk rosaknya nilai-nilai baik dalam masyarakat," katanya ketika berceramah di Taman Dahlia, Pulai, Johor.


Sehubungan itu, beliau berharap kerosakan yang sama tidak akan berjangkit ke Pulai.


Menurut Mahfuz, negeri Johor terkenal sebagai negeri yang mengutamakan perpaduan dan muafakat sesama rakyat sehinggakan mereka mempunyai gelaran yang unik, iaitu bangsa Johor bagi menunjukkan kesepaduan tanpa mengira identiti kaum.


"Memperkenalkan istilah bangsa Johor adalah langkah untuk menyatu-padukan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di negeri ini.


"Untuk itu, pengundi Pulai wajar mempertahankan nilai-nilai baik yang dipegang selama ini dengan mengekalkan calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada hari pengundian 9 September nanti," ujarnya.


Tegas beliau, dengan mengundi PH pada 9 September, ia bukan saja untuk mengekalkan legasi Rahmah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pulai sebelum ini, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, tetapi juga bagi mempertahankan budaya rahmah dalam konteks hubungan sesama masyarakat yang harmoni selama ini.


Selain itu, Mahfuz turut membidas tindakan Pengerusi PN, Muhyiddn Yassin yang sesuka hati memfatwakan hukum haram mengundi calon PH, Suhaizan Kaiat.


Tegas beliau, perbuatan Muhyiddin itu bukan untuk menyatu-padukan rakyat, tetapi bertujuan menjadikan mereka tambah berpecah.


"Mengundi adalah hak dan kebebasan bagi setiap rakyat, tidak seharusnya ada hukum tertentu dijatuhkan oleh mana-mana pihak.


"Ini adalah perbuatan yang berat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page