top of page

Elak polemik: Kedudukan Islam, Mahkamah Syariah tidak terjejas



Pertubuhan dakwah Islam terbesar negara, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menolak sebarang usaha pihak tidak bertanggungawab untuk mengapi apikan isu kononnya kedudukan agama Islam tertekan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen membatalkan beberapa perkara dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 (‘Enakmen 2019’) kerana bertindan dengan undang undang sivil.


Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, isu berkaitan teknikaliti undang undang itu tidak ada kaitannya dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara, juga Mahkamah Syariah tidak sedikit pun terusik bidang kuasanya berdasarkan kes berkenaan.


"ABIM menyeru umat Islam di negara ini untuk bertenang dan elak dari berpolemik (membesarkan isu) sehingga ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.


"ABIM ingin mengingatkan pendirian Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim dalam kes ini yang menjelaskan bahawa kes ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah tetapi khusus membicarakan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN Kelantan) untuk menggubal perundangan yang berkaitan," katanya dalam kenyataan petang ini.


Pada masa sama, Ahmad Fahmi juga menyambut baik kenyataan Menteri Agama yang menjelaskan bahawa kerajaan telah pun membentuk Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan.


Jawatankuasa tersebut akan mengeluarkan syor bagaimana kaedahnya undang undang negeri perlu dibuat agar tidak melanggar Perlembagaan.


"ABIM turut menyambut baik kenyataan YB Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang telah menggariskan langkah-langkah segera yang akan diambil oleh kerajaan untuk menanggapi keputusan kes ini, dan seterusnya meningkatkan usaha memperkasa Mahkamah Syariah.

"ABIM turut menyatakan kesediaan untuk terlibat-sama menjayakan sebarang usaha reformasi hal ehwal pentadbiran agama Islam melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi," katanya lagi.


Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan dalam petisyen yang difailkan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dalam menggubal atau membuat beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019.


Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Nik Abdul Rashid dan anaknya.


Antara peruntukan yang dianggap tidak sah adalah berkenaan pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).


Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page