Elak pertembungan, PH optimis menangi lebih banyak kerusi di PRN Sabah
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Pakatan Harapan (PH) yakin strategi mengelak pertembungan sesama rakan gabungan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undnagan Negeri (PRN) Sabah ke-17 bakal menjadi faktor utama yang mampu memastikan kemenangan gabungan itu.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, beliau diamanahkan untuk mengetuai rundingan dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menyelaras pembahagian kerusi.
Rundingan kerusi dengan BN yang diselesaikan kira-kira seminggu lalu jelasnya menunjukkan perkembangan positif, manakala rundingan bersama GRS juga telah dimuktamadkan.
"Idea terbaik adalah untuk mengelak pertembungan sama sekali, namun jika tidak dapat dielak, kita akan minimumkan sebanyak mungkin bagi meningkatkan kebolehmenangan," katanya dipetik temu bual eksklusifnya dengan Bernama.
Bagaimanapun Saifuddin menegaskan, meskipun rundingan telah dimuktamadkan, masih ada permintaan daripada kesemua parti berhubung pembahagian kerusi.
"Kita sudah pun muktamadkan (kerusi) tetapi dynamic (akar umbi) bawah itu membawa kepada permintaan,
"Saya percaya sehingga hari penamaan calon, satu atau dua kerusi itu masih boleh kita uruskan.Tapi umumnya saya boleh buat kesimpulan bahawa kita sudah selesaikan (rundingan dengan BN dan GRS)," kata Pengarah Bersama PRN Sabah itu.
Hari pengundian bagi PRN Sabah ditetapkan pada 29 November, dengan penamaan calon pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.
Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan, dengan Pakatan Harapan (PH) bertanding di 23 kerusi, termasuk 10 kerusi yang ditandingi calon KEADILAN.









Comments