top of page

Elak lambakan hasil peranian: Selangor beli dari petani, jual harga 50% diskaun


Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan sebagai 'orang tengah' bagi mengelakkan lambakan hasil pertanian tidak terjual sebagaimana dialami para petani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dengan membeli hasil dari petani dan menjual dengan harga diskaun 50% kepada pengguna.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dana sejumlah RM500,000 telah disediakan untuk tujuan berkenaan.


"Kerajaan Negeri melancarkan Program Agro Prihatin Selangor yang akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri membantu golongan petani di Selangor yang terkesan akibat lockdown.


"Program terbaru melibatkan pembelian hasil pertanian Selangor yang mengalami lambakan di seluruh negeri, khususnya di Sabak Bernam.


"Melalui program tersebut Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan RM500,000 dan segala urusan pembelian tersebut akan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Selangor dan FAMA Selangor dan agensi yang berkaitan dengan pertanian Selangor serta Jawatankuasa Tetap Perladangan dan Industri Asas Tani.


"Pihak PKPS akan membeli hasil-hasil tersebut dari petani pada harga sesuai dan menjual semula kepada orang ramai pada kadar sehingga 50% diskaun," katanya dalam majlis pelancaran Program Agro Prihatin Selangor, semalam.


Menurut beliau, sehingga kini Jabatan Pertanian melaporkan terdapat lambakan hasil tanaman pisang sehingga 126 tan metrik yang melibatkan 121 pengusaha selain hasil jagung dan cili. Katanya, Terdapat 12 lokasi jualan atau pun outlet yang dikenal pasti.


"PKP yang pertama dulu kita dapati ada lambakan dan kali ini kita bersedia di peringkat awal.


"Kita belanja RM500,000 untuk koordinat balik dan menyambung semula jual dalam pasaran. Yang diperlukan ialah menghubungkan dengan pasar-pasar. Kali ini kita siapkan 12 tempat di samping Selangor Agro Market yang kita perkenalkan sejak PKP 1.0


"Tempat telah sedia beroperasi. Misalnya kalau di Dengkil dan Putrajaya ada pasaran tinggi, kita bawa ke sana. Peraih tidak dapat menjalankan peranan tetapi permintaan pasaran besar," katanya lagi.


Menurut MB pusat jualan dibuka di visma PKPS Shah Alam, Pusat Operasi PKPS Meru, pick up point Seksyen 7 Shah Alam, outlet PKPS Syeksen 9 Shah Alam, pick up Seksyen 3 Shah Alam, pusat operasi AgroSel Bangi, pusat operasi Tanjung 12 Kuala Langat, pusat operasi Selangor Fruit Valley Gombak, Kuala Selangor, pusat operasi Pandan, Selangor Agromarket, pusat operasi FAMA Dengkil, Selangor Agromarket pusat operasi FAMA Puchong dan selangor Agromarket pusat operasi FAMA Kelana Jaya.


Talian hotline adalah 0193162400 atau rujuk Facebook Agroselangor atau emel: ccc@pkps.gov.my.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page