top of page

Elak kluster Covid 19 baharu: Bebas tahanan, atasi kesesakan penjara


Kesesakan penjara boleh menyebabkan kluster baharu Covid 19 ketika jangkitan telah pun melepasi 6,000 kes sehari dan katil di wad rawatan rapi semakin berkurangan.


Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan, Dewan Rakyat, Hassan Abdul Karim berkata, persoalan berkenaan serius berikutan kebimbangan timbulnya kesesakan di penjara sedangkan dalam masa sama banduan di tahanan tidak diketahui bilakah giliran akan disuntik vaksin.


"Terdapat 39 buah penjara di seluruh Malaysia. Keadaannya sesak. Kapasiti sepatutnya tidak melebihi 46,420 tahanan. Tetapi setakat awal November tahun lepas, jumlah tahanan di dalam penjara adalah seramai 65,139 orang. Seramai 18,719 tahanan atau 40.33% telah melebihi kapasiti .


"Bagi mengatasi kluster penjara, maka saya mencadangkan supaya kerajaan yang ada sekarang menimbangkan supaya membebaskan para tahanan yang telah menjalani hukuman sekurang-kurangnya dua pertiga daripada tempoh penjara," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, cadangan berkenaan tidak mustahil dilakukan kerana Malaysia boleh memperkenalkan sistem parol dan berkelakuan baik kepada masyarakat sebagaimana diamalkan di negara luar.


Bagaimanapun, sekiranya cadangan berkenaan menimbulkan bantahan dalam kalangan rakyat maka katanya, kerajaan boleh mengurangkan jumlah tahanan dengan membebaskan tahanan-tahanan reman yang gagal membayar wang jaminan dan sebagainya.


"Sekiranya cadangan tersebut terlalu drastik, maka saya mencadangkan kerajaan buat permulaan, menerima cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ini yang menggesa kerajaan membebaskan tahanan-tahanan yang masih dalam proses reman berkaitan jenayah kecil, jenayah tanpa kekerasan dan penagihan dadah sebagai langkah mengurangkan risiko pandemik Covid-19 di penjara.


"Jika masalah peruntukan undang-undang yang menjadi halangan, maka saya mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong meluluskan Ordinan Darurat yang perlu bagi membolehkan pembebasan tahanan-tahanan itu dilakukan," katanya lagi.


Hassan turut mengingatkan bahawa tahanan penjara juga adalah manusia yang dijamin hak keselamatan diri dan nyawa mereka di bawah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.


Oleh itu, katanya mereka juga wajar dilindungi dari virus maut Covid 19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page