top of page

El Nino: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi



Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberikan jaminan bahawa bekalan ikan segar untuk pasaran tempatan berada pada situasi mencukupi.


Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, jaminan itu boleh diberikan berdasarkan kepada peningkatan tangkapan ikan setiap tahun.


"Peratus tahap sara diri (SSL) bagi beberapa makanan bahan makanan asas termasuk ikan ketika pada tahap 90 peratus dengan keupayaan memenuhi permintaan rakyat.


"LKIM juga mempunyai pelan jangka panjang dengan mempunyai stok bekalan ikan selain berkolaborasi dengan pihak swasta yang berkaitan dengan industri ikan," katanya dipetik.


Muhammad Faiz sementara itu memaklumkan berdasarkan kepada rekod tangkapan pada tahun 2021, sebanyak 1.75 juta tan dan ia meningkat kepada 1.85 juta tan pada tahun berikutnya.

Selain bekalan ikan tempatan, terdapat juga pengusaha jelasnya mendapatkan bekalan dari luar negara bagi menampung keperluan ketika tengkujuh dan musim panas ketika ini.


Terdahulu Muhammad Faiz hadir ke majlis penyampaian bantuan di bawah Peningkatan Pendapatan bagi nelayan di Pejabat LKIM Pontian pada Ahad.


Pada majlis tersebut, seramai 50 orang menerima insentif bantuan peralatan tangkapan ikan seperti enjin bot 40 kuasa kuda, 49 unit kotak ikan berinsulasi dan 196 unit jaring melibatkan kos sebanyak RM61,833

Sebelum itu dalam ucapannya, Muhammad Faiz memberitahu sebanyak 20 buah rumah nelayan di Johor akan dibaik pulih serta tiga buah akan dibina melalui peruntukkan sebanyak RM10 juta yang diluluskan oleh kerajaan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page