top of page

eKYC benteng bendung jenayah siber di kalangan pelajar sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 hours ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Langkah pelaksanaan sistem eKYC (electronic Know Your Customer) bagi memastikan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun seperti diumumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), disifatkan sebagai benteng awal untuk mengekang jenayah siber, manipulasi internet serta penyalahgunaan dan buli dalam talian.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad, berkata inisiatif tersebut mampu memperkukuh keselamatan digital negara khususnya di kalangan remaja dan pelajar sekola.


"Langkah eKYC ini sebenarnya bagus kerana ia membantu kerajaan mengawal selia penggunaan media sosial dalam kalangan remaja. Bukan soal data, sebab data ini kalau nak dijual, dari mana-mana platform pun ada. Tapi dari segi kawalan, ia amat penting.


"Kita lihat hari ini terlalu banyak akaun palsu dan berita tidak sahih yang disebar secara bebas. Dengan eKYC, sekurang-kurangnya setiap akaun boleh dikesan dan dikenal pasti pemiliknya. Ini akan mengurangkan risiko jenayah siber dan buli siber yang semakin membimbangkan," kata Faezuddin kepada Suara Keadilan.

Faezuddin Puad
Faezuddin Puad

Faezuddin berkata, AMK Johor menyambut baik langkah tersebut dan yakin pelaksanaannya mampu mendidik pengguna muda untuk lebih bertanggungjawab dalam penggunaan internet.


"Langkah ini bukan untuk menyekat kebebasan, tetapi untuk mendidik pengguna muda agar lebih beretika dan berhemah dalam dunia digital," katanya.


Beliau turut menegaskan kawalan terhadap penggunaan gajet dan media sosial dalam kalangan pelajar serta remaja penting bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan kandungan tidak bermoral atau toksik.


"Pelajar sekolah pun dah tidak dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah, jadi eKYC boleh jadi pelengkap kepada kawalan ini. Bila anak muda dikawal dengan baik, mereka boleh fokus kepada perkara lebih bermanfaat seperti membaca atau aktiviti yang membina diri," jelasnya.


Dalam masa sama, Faezuddin menggesa pemimpin masyarakat, guru, imam, dan ibu bapa supaya memainkan peranan bersama dalam membentuk budaya digital yang sihat.


"Kita kena kembalikan budaya ambil tahu. Dulu orang kata jangan “jaga tepi kain orang”. Tapi sekarang ada kebaikan kalau kita prihatin terhadap sekeliling. Bila kita pantau dan nasihat, ia boleh elak masalah sebelum jadi lebih besar," katanya.


Beliau menegaskan, sikap peduli dan tanggungjawab bersama ini penting untuk memastikan keselamatan digital rakyat terus terjamin dan masyarakat bebas daripada ancaman siber serta penyalahgunaan internet.


Menteri Komunkasi Datuk Fahmi Fadzil dalam kenyataannya berkata, Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses eKYC bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.


Langkah itu adalah bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya serta memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform berkenaan benar-benar dikuat kuasa.


Menurutnya, tiada keperluan untuk melakukan pindaan pada undang-undang yang terpakai ke atas platform media sosial iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Keselamatan Dalam Talian.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page