top of page

Eksport barangan tempatan perkasa industri Malaysia - Fuziah



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan giat membantu memperkasakan produk Malaysia untuk dieksport oleh industri tempatan ke luar negara.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, kerajaan pada ketika ini melakukan inisiatif khidmat nasihat kepada para peniaga yang berpotensi untuk menembusi pasaran baharu.


"Kerajaan pada memfokuskan kepada lapan kategori utama iaitu makanan dan minuman (FNB), kesihatan, kosmetik, fesyen dan gaya hidup, automotif, perabot, animasi serta barangan elektronik.


"Ia bagi mengenal pasti pasaran baharu dan memberi khidmat nasihat untuk membawa produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai perkembangan terkini terhadap perancangan mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia secara mega.


Mengulas lanjut, Fuziah berkata selain daripada penganjuran karnival barangan tempatan kerajaan juga menekankan aspek keberhasilan produk tempatan.


Faktor itu, katanya, lebih menyeluruh dan mendatang hasil lebih baik berbanding penganjuran program semata-mata.


"Ketika ini kita lebih menfokus dan kenal pasti keberhasilan bussiness matching (padanan peniagaan) tempatan yang berpotensi ke luar negara sebagai keberhasilan (berbanding) menghabiskan hanya kepada penganjuran program," ujar beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page