top of page

Ekonomi unggul, pendidikan berkualiti keutamaan Selangor



Teras pertama dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Selangor menumpukan kepada ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti.


Hal itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor akan mampu menghasilkan modal insan terbaik dan memberi tenaga kerja berkualiti kepada pelaburan berteknologi tinggi yang masuk ke Selangor.


"Memfokuskan usaha pembangunan ekonomi kepada industri pertanian moden, aeroangkasa, rel dan bas elektrik, perkhidmatan 5G, robotik dan automasi, kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharu serta e-sports.


"Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada orang muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan dan luar negara," katanya dalam majlis Pelancaran Tawaran Kita Selangor, malam tadi.


Untuk itu, kata Amirudin, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang, agar Selangor menjadi destinasi utama pelaburan di Asia Tenggara.


Kerajaan negeri juga akan mewujudkan tiga perbandaran baharu di Sepang, Sabak Bernam, dan sepanjang jajaran Sungai Klang diterajui oleh PKNS, MBI, dan sektor swasta dilengkapi dengan perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor.


Mewujudkan lebih Taman Perindustrian Mampan ke arah menjadikan Selangor negeri neutral-karbon dan meningkatkan komitmen kepada piawai ESG.


Kerajaan Negeri akan melengkapkan keterhubungan 5G supaya Selangor menjadi negeri 5G tercekap di Asia Tenggara.


"Satu lagi, ajan diwujudkan Jajaran Kita Selangor yang menghubungkan perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam.


"Juga menghubungkan jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel," katanya.


Perpaduan menjanjikan latihan TVET bagi 10,000 orang muda Selangor dengan kerjasama bersama syarikat teknologi tinggi seperti Apple, Siemens, Festo, dan Dassault Systemes. Meluaskan skop peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200 ribu peserta.


Manifesto juga menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun, dan Korea. Juga Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa.


"Baucar pembelian buku RM200 kepada orang muda Selangor turut dijanjikan di samping menawarkan peluang latihan industri (internship) dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 orang muda Selangor.


"Merangsang kemahiran kreatif generasi muda dan belia dengan mewujudkan Geran Digital Kita Selangor mensasarkan 10,000 Duta Kreatif Kita Selangor dengan peruntukan RM 5 juta untuk 5 tahun akan datang," katanya lagi.


0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page