top of page

Ekonomi Selangor tumbuh 11% kerana kerajaan stabil, pelabur yakin

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 10, 2023
1 min read


Kestabilan politik amat diperlukan untuk meneruskan pertumbuhan cemerlang ekonomi Selangor.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, amat perlu rakyat meneruskan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di Selangor kerana telah terbukti para pemimpinnya bijak merancang ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.


"Kita nak kukuhkan ekonomi kita. Dengan kestabilan yang kita bentuk, dengan semangat cekal kepimpinan dan rakyat pada 2021, 2022 kita berjaya mencatat pertumbuhan lebih daripada kadar nasional


"Data terbaru Jabatan Statistik ekonomi kita tumbuh 11%, Persekutuan 7%. Dan kita menyumbang 25% kepada ekonomi dan hasil negara


"Sebab apa kita jadi macam itu? Sebab kita kekal stabil sampai habis penggal. Sempat kita rancang atur. Bukan hanya program pembangunan, kebajikan rakyat juga kita jaga," katanya dalam ceramah Pelancaran Jentera Pilihanraya Perpaduan DUN Sungai Tua, malam tadi.


Tambah Amirudin, Perikatan Nasional pula tidak membariskan apakah yang mereka akan lakukan jika memerintah Selangor selain pemimpin utama mereka berkata sekiranya Selangor berjaya ditawan maka Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang.


"Pertama (hujah itu), memang tak ada kena mengena Dewan Negeri dengan parlimen. Kedua, kamu ini tak ada kerja lainkah? Nak tukar PM, kerajaan setiap 3 - 4 bulan


"Orang ini tak pernah insaf, muhasabah. Haru biru negara kita selama berbulan kerja tukar PM. Ekonomi tak tentu hala.


"Sebab kerja dia nak menang Selangor, gunakan rizab kita bukan nak majukan Selangor tetapi nak main politik. Kita kena pertahan negeri daripada pengkhianat ini," katanya.


Oleh itu, Amiruddin berkata, PN harus ditolak sama ada perintah negeri mahu pun menang di kerusi DUN Selangor.


"Orang ini kita kena tolak. Orang Gombak kena buat keputusan tolak orang seperti ini," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page