top of page

Ekonomi Selangor diunjur tumbuh pantas, kadar 5.2 peratus



Ekonomi negeri Selangor diunjurkan tumbuh lebih pantas pada tahun ini pada kadar 5.2 peratus berbanding tahun 2023 pada kadar 4.1 peratus, kata Menteri Besar.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata sektor perkhidmatan juga dijangka meneruskan momentum pertumbuhan ekonomi dengan didukung oleh pertumbuhan sektor-sektor lain yang dijangka tumbuh dengan lebih pantas.


Beliau berkata, semua sektor di negeri itu dijangka mencatatkan pertumbuhan positif dan lebih baik berbanding tahun 2023 dengan permintaan domestik dijangka menjana pertumbuhan dan disokong oleh prospek pendapatan isi rumah yang semakin baik.


"Permintaan global juga dijangka lebih baik terutamanya disokong oleh dasar monetari negara maju yang lebih kendur berlatarbelakangkan keadaan inflasi yang lebih terkawal.

Lantaran itu, prospek pertumbuhan ekonomi Selangor dijangka akan lebih mengukuh pada tahun ini," ujarnya.


Justeru itu, kata beliau bagi meningkatkan pembangunan ekonomi tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM2.53 bilion dalam Belanjawan Selangor 2024.


"Selain penumpuan kepada sektor perkhidmatan, belanjawan kali ini memperkenal usaha baharu termasuk melengkapkan jaringan pengangkutan awam, memastikan jaminan bekalan makanan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meraih pelaburan berteknologi tinggi.


"Melalui Belanjawan Selangor 2024 juga Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Gagasan Lembah Klang Raya untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran bagi empat pihak berkuasa tempatan melalui pewujudan Enakmen Lembah Klang Raya," katanya dalam jawapan Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.


Amirudin berkata pewujudan satu sistem pentadbiran itu bertujuan untuk menambah baik dan melicinkan urusan berkaitan kualiti perkhidmatan PBT, pengangkutan awam, rejuvenasi kawasan kediaman dan komersial.


Katanya perkara itu juga membabitkan isu tanah pegangan pajakan yang hampir matang antaranya dengan menyeragamkan proses perniagaan dan pembangunan, mengurangkan karenah birokrasi serta memudahkan kehidupan rakyat.


"Proses rejuvenasi bandar-bandar matang ini dimulakan bagi menarik pelaburan dalam industri baharu berteraskan digitalisasi agar Gagasan Lembah Klang Raya menjadi bandar yang berdaya tahan terutamanya dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, bandar yang mampan serta berdaya huni," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page