top of page

Ekonomi negara dalam momentum capai KDNK 5% - DOSM



Ekonomi Malaysia berada dalam momentum baik untuk mencapai sasaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sekitar 4 hingga 5% bagi tahun 2023.


Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dipetik laporan media melontar keyakinan itu berikutan sentimen perbelanjaan pengguna lazimnya berada pada tahap melebihi purata pada suku keempat berbanding suku tahun lain.

"Suku keempat adalah tempoh pengguna akan berbelanja lebih daripada biasa untuk perbelanjaan buka sekolah, perbelanjaan tahun baharu, perayaan dan sebagainya apabila terdapat permintaan yang tinggi terhadap barangan.


"Permintaan merupakan komponen terbesar dalam KDNK. Oleh itu, kita menjangka ada ruang untuk melihat prestasi KDNK berkembang pada suku keempat nanti," katanya dipetik.


Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini melaporkan ekonomi negara berkembang sebanyak 3.3% pada suku ketiga 2023 daripada 2.9% pada suku kedua.


Manakala secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.9% pada tiga suku pertama 2023.

Sementara itu, Mohd Uzir ketika ditanya sama ada jangkaan KDNK pada suku keempat akan melebihi pencapaian suku ketiga berkata, ia perlu dilihat dalam cerapan data.


Pada Oktober jelasnya, cerapan indeks pengeluaran perindustrian (IPI) untuk sektor pembuatan, perlombongan dan elektrik didapati meningkat, begitu juga perdagangan antarabangsa apabila lebihan dagangan turut meningkat.


"Kadar pengangguran turut dilihat semakin berkurangan dengan jumlah yang menganggur berada pada tahap 1.5%.


"Justeru, untuk Oktober, data menunjukkan ekonomi Malaysia bergerak ke arah berkembang. Sehingga Januari, kita dapati aktiviti ekonomi pada November dan Disember juga, tidak ada keadaan yang nampak ‘deprive’ berikutan ekonomi terus menunjukkan jajaran berkembang.


"Jika kita menggabungkan ketiga-tiga suku awal, negara telah mencapai KDNK sebanyak 3.9%. Oleh itu, saya menjangka pencapaian ekonomi negara akan terarah seperti yang disasarkan oleh kerajaan," katanya menurut laporan sama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page