top of page

Ekonomi mengukuh namun Bank Negara perlu ambil kira prospek kelembapan kewangan global



Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bank Negara Malaysia (BNM) tengah hari tadi membawa mesej yang jelas mengenai cabaran ekonomi negara pada tahun hadapan.


Meskipun kunjungannya disambut meriah namun Anwar mengingatkan tugas berat menanti kakitangan BNM untuk mempertahakan ekonomi Malaysia dalam situasi dunia yang tidak menentu.


"Tengahari tadi saya berkunjung ke Bank Negara Malaysia untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini.


"Saya turut diapit kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Seri Ahmad Maslan dan YB Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan.


"Saya dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca Covid-19," katanya.


Oleh itu Anwar berkata, kerajaan akan merangka formula sesuai untuk mendepani kelembapan ekonomi global dan masalah geopolitik antarabangsa.


"Kerajaan akan bertindak dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini.

Usaha dan upaya saya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta memperkukuh asas-asas ekonomi negara.


"Menarik pelaburan yang berkualiti, peralihan kepada ekonomi rendah karbon, mempertingkat perlindungan sosial, memantapkan daya tahan fiskal akan menjadi antara pendekatan dan langkah yang diambil.


"InshaAllah, langkah-langkah ini dilaksanakan dengan dukungan BNM dan semua jabatan yang berkaitan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page