top of page

Ekonomi Malaysia sedang mengukuh - BNM



Ekonomi Malaysia kini mengukuh dengan perkembangan mengagumkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).


Gabenor BNM, Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, setakat suku pertama tahun ini, ekonomi berkembang pada kadar 5.6 peratus.


Ekonomi juga berkembang sebanyak 0.9% daripada suku keempat tahun lepas, pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim.


Manakala ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 7% tahun ke tahun pada suku keempat 2022 dengan keluaran dalam negara kasar tumbuh sebanyak 8.7% pada tahun itu.


"Inflasi keseluruhan lebih rendah selaras dengan persekitaran kos yang mereda, kepada purata 3.6% pada suku pertama berbanding 3.9% pada suku keempat tahun lepas," kata Nor Shamsiah dipetik.


Mengulas lanjut mengenai inflasi, beliau memaklumkan teras berkurangan kepada 3.9%, namun melebihi purata 2% yang pernah dicatatkan sebelum ini.


Inflasi keseluruhan dan inflasi teras diunjurkan menjadi sederhana, antara 2.8% dan 3.8% tahun ini, namun imbangan risiko bagi prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi.


"Penurunan itu didorong oleh harga bekalan yang lebih rendah, terutama minyak RON97 yang menyumbang kepada 2/3 daripada penurunan inflasi pada suku pertama," katanya.


BNM turut memaklumkan petunjuk ekonomi semasa menunjukkan ekonomi memulih ke tahap lebih kukuh berbanding sebelum Covid-19, lantas melakar gambaran yang optimistik untuk sepanjang tahun.


Perkembangan ekonomi pada suku pertama didorong oleh penggunaan swasta dan aktiviti pelaburan, di samping prestasi sektor perkhidmatan dan perkilangan, pasaran pekerja yang bertambah baik, pelancongan ke dalam negeri yang terus pulih, dan projek prasarana awam yang sedang berjalan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page