top of page

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4-5 peratus tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 21, 2024
  • 2 min read


Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4% hingga 5% pada tahun ini dengan pertumbuhan disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan peningkatan permintaan luaran, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).


Bank Pusat itu berkata, keadaan kewangan domestik kekal kondusif dengan bekalan kredit akan disokong oleh kesediaan institusi perbankan memberikan pinjaman berikutan sistemnya yang kukuh dan kemantapan pasaran modal.


"Dasar monetari BNM akan terus berpandangan ke hadapan dengan memberi tumpuan pada trajektori pertumbuhan dan inflasi.


"Meskipun asas-asas ekonomi Malaysia adalah kukuh dan prospek pertumbuhannya adalah positif, paras ringgit semasa berada di bawah nilai saksama," kata BNM dalam laporan Laporan Tahunan, Tinjauan Ekonomi dan Monetari serta Tinjauan Kestabilan Kewangan (FSR) Separuh Kedua 2023 yang diterbit semalam.


Kata BNM, pada masa hadapan pasaran kewangan menjangka ringgit terus menambah nilai dalam tahun 2024 dengan trend penambahan nilai ini akan berterusan berikutan kesan faktor global menjadi semakin reda.


"Beberapa penganalisis telah membuat unjuran sehingga tahun 2025 dan menilai ringgit akan terus kukuh," ujarnya.


Hasil beberapa langkah membabitkan operasi pertukaran asing, BNM berkata pihaknya telah memerhatikan aliran dan minat pasaran terhadap pembelian ringgit semakin meningkat.


Dalam pada itu, BNM berkata inflasi keseluruhan dijangka berpurata antara 2% hingga 3.5% pada tahun 2024 dalam keadaan tekanan kos yang terkawal berikutan keadaan bekalan global yang semakin reda.


"Prospek inflasi kekal tinggi tertakluk pada risiko inflasi yang meningkat disebabkan oleh potensi pelarasan harga terhadap barangan makanan dan tenaga, serta tekanan luaran daripada kadar pertukaran dan perkembangan harga komoditi global," jelasnya.


Mengenai FSR separuh kedua tahun lalu, BNM berkata meskipun terdapat ketidaktentuan global, pasaran kewangan domestik kekal teratur dengan pengantaraan berterusan aliran dua hala dalam pasaran bon dan ekuiti.


"Secara keseluruhan, keupayaan membayar hutang oleh perniagaan dan isi rumah kekal kukuh. Trend prestasi pinjaman yang berkembang berada dalam jangkaan institusi perbankan," katanya.


Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata prospek negara adalah baik dan BNM mempunyai sebab untuk berhati-hati dalam menjangkakan keadaan yang lebih baik sepanjang tahun ini.


"Terdapat juga peluang yang baik untuk melaksanakan pembaharuan struktur yang sangat penting. Dengan mengambil tindakan tegas dan secara kolektif, BNM boleh memanfaatkan pemulihan ekonomi Malaysia yang teguh dan berdaya tahan selepas COVID-19 dan menentukan hala tuju bagi pertumbuhan dan kemakmuran yang berterusan.


"Walaupun mungkin terdapat cabaran pada proses peralihan ini, pembaharuan ini merupakan pelaburan untuk masa hadapan ke arah kemakmuran rakyat dan negara," katanya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page