top of page

Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 3.7 peratus pada 2023



Ekonomi Malaysia secara keseluruhannya mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.7% pada tahun 2024 berbanding 3% bagi suku ketiga tahun lalu, lapor Bank Negara Malaysia (BNM).


Bank pusat itu dalam kenyataan hari ini berkata, pertumbuhan menjadi sederhana berikutan persekitaran luaran yang mencabar disebabkan perdagangan global lebih perlahan, kitaran menurun teknologi global, ketegangan geopolitik dan dasar-dasar monetari lebih ketat.


"Di dalam negeri, meskipun dengan ketiadaan sokongan dasar yang besar apabila ekonomi mula berkembang pada tahun 2022, kegiatan ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih telah menyokong pertumbuhan pada tahun 2023.


"Selain itu, prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dimantapkan lagi oleh kedudukan luaran Malaysia yang berdaya tahan," katanya.


Kata bank pusat itu pertumbuhan dalam aktiviti pelaburan disokong oleh pelaksanaan projek jangka masa panjang yang progresif dan pengembangan kapasiti oleh syarikat.


BNM memberitahu lebihan akaun semasa negara bagi tahun 2023 mampan pada 1.2% daripada KDNK, disokong oleh kepelbagaian struktur eksport merentas pasaran dan produk.


Katanya kekukuhan kedudukan luaran juga dicerminkan oleh hutang luar negeri yang menurun kepada 68.2% daripada KDNK pada tahun 2023 berbanding 69 peratus pada suku ketiga tahun lalu selain kedudukan pelaburan antarabangsa bersih yang lebih tinggi iaitu 6.6%.


Apa yang penting kata bank pusat, hutang luar negeri kekal terurus berikutan profil tempoh matang dan mata wang yang menggalakkan.


Keadaan itu berikutan satu pertiga daripada hutang luar negeri adalah dalam denominasi ringgit sekali gus mengehadkan risiko mata wang dengan kira-kira 70% hutang mempunyai tempoh jangka sederhana dan panjang, jelasnya.


Dalam pada itu, kenyataan itu memberitahu, inflasi keseluruhan terus menurun kepada 1.6% pada suku keempat tahun 2023 disumbangkan oleh pengurangan inflasi makanan segar dan inflasi teras.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page