top of page

Ekonomi MADANI: Penstrukturan semula sosio ekonomi negara



Wadah Ekonomi MADANI yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi boleh dianggap sebagai satu penstrukturan semula sosio ekonomi negara.


Bagi Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusof, Ekonomi MADANI menghampiri falsafah Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilancarkan oleh PM kedua, Tun Abdul Razak pada 1970an lalu.


Katanya, gagasan itu perlu dilancar bagi menjalankan social engineering untuk menghasilkan masyarakat yang lebih baik dan bertamadun


"Kita kena faham bila PM melancarkan Ekonomi MADANI dia refleks ke 1970 apabila Tun Razak lancarkan DEB.


"Bagi saya Ekonomi MADANI ialah nak reset semula social engineering sebab itu ketujuh tujuh teras yang disenaraikan mungkin tidak dicapai sepenuhnya serentak.


"Namun saya yakin dengan Datuk Seri Anwar dan untuk setahun dua ini kita akan dapat lihat hasilnya," kata Ismail kepada Suara Keadilan.


Selain itu, katanya gagasan Ekonomi MADANI juga adalah usaha membina negara bangsa yang utuh dan ketamadunan hanya boleh dicapai apabila rakyat merangkul konsep hidup bersama dalam kepelbagaian


Berbalik kepada sejarah Malaysia, kata Ismail, kejayaan besar hanya boleh dicapai dengan perpaduan. Misalnya untuk merdeka pada 1957 kaum Melayu, Cina dan India bersatu menuntut pembebasan daripada pejajahan.


Begitu juga kemasukan Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia apabila kaum Iban dan kadazan mahu bersatu dengan kaum di Semenanjung.


Malah selepas tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, katanya, Tun Razak membawa naratif perpaduan kaum. Hal yang sama dibawa PMX dengan Kerajaan Perpaduan selepas perpecahan meluas antara dan intra kaum pasca Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.


"Selepas 13 Mei Tun Razak datang dengan agenda perpaduan, 5 Rukun Negara, dan wujudnya kerajaan BN pada waktu itu adalah proses reset pembinaan Malaysia


"Selepas PRU 15, terbentuknya Kerajaan Perpaduan saya lihat ini kelangsungan apa yang berlaku sebelum itu.


"Saya yakin soal kestabilan politik adalah sesuatu yang sangat diutamakan, bukan sahaja kepada pemimpin tetapi rakyat sendiri dalam 7 - 8 bulan ini dapat merasakan hasil kestabilan politik itu. Ada banyak inisiatif untuk membantu rakyat," katanya lagi.


Ismail menasihatkan rakyat agar jangan terpengaruh dengan mainan politik menjelang PRN. Beliau memberi pencerahan sama ada memilih perpaduan atau perpecahan.




0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page