top of page

Ekonomi MADANI bawa anjakan kepada ekonomi Malaysia - Nik Nazmi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 27, 2023
1 min read


Ekonomi MADANI yang diluncurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi akan memberi anjakan dalam ekonomi masa hadapan Malaysia, khususnya untuk mendepani cabaran Revolusi Digital atau IR 4.0 yang lebih berteraskan teknologi tetapi dengan memberi sentuhan kemanusiaan terutama dalam aspek membela kebajikan golongan pekerja.


Bagi Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, terdapat beberapa perkara dalam Ekonomi MADANI yang menyentuh secara langsung NRECC dan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


"Sebagaimana kita maklum khusus bagi NRECC, kami ada beberapa perkara yang relevan tentang soal ketahanan iklim, pembangunan hijau dan kemudahan asas untuk semua. Soal elektrik dan air yang disebut oleh PM dalam ucapan beliau.


"Tetapi keseluruhannya, bahawa kita perlu ada satu anjakan dalam kerangka ekonomi kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Ekonomi MADANI juga, kata Nik Nazmi, menjelaskan ke arah mana negara perlu bergerak dalam 10 tahun akan datang dan menetapkan untuk menjadi pemain utama ekonomi di rantau Asia.


"Kita perlu memanfaatkan kekuatan kita, contohnya kedudukan di Asia supaya kita dapat memastikan ekonomi kita berada pada tahap yang lebih tinggi untuk kesemua lapisan rakyat.


"Jadi, bagi saya ini satu perkara yang sangat positif kerana orang akan dapat melihat jelas apa itu (kerangka) ekonomi di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.








Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page