top of page

Ekonomi Langkawi malap, kerajaan bakal bawa perubahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar berjanji kerajaan akan meneliti masalah Langkawi kepada pemberita selepas solat Jumaat, semalam
DS Anwar berjanji kerajaan akan meneliti masalah Langkawi kepada pemberita selepas solat Jumaat, semalam

Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih dan mengambil maklum titah Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengenai cadangan agar status Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan yang dinikmati sebelum ini dikembalikan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, untuk melihat secara keseluruhan langkah untuk menjana semula ekonomi di pulau pelancongan tersebut.


"Kita teliti... satu cadangan yang harus kita berikan perhatian kerana kedudukan Langkawi itu malap sedikit.


"Saya sudah meminta Menteri Kewangan II untuk melihat keseluruhannya bagaimana boleh menjana semula... kerana kos di Langkawi agak tinggi, itu dengan sendirinya tidak dapat menarik pelancong dari dalam negeri sekalipun.


"Maknanya, kita bersedia meneliti dan menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Kedah... ," katanya dipetik.


Perdana Menteri berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya.


Pada 13 April lalu, Sultan Sallehuddin semasa Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Isnin bertitah supaya usaha tersebut dipertimbangkan bagi merancangkan semula pelancongan dan ekonomi setempat.


Baginda difahamkan walaupun status Langkawi sebagai pulau bebas cukai masih kekal, namun beberapa keistimewaan yang sebelum ini dinikmati telah dikurangkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page